mcmc
Kisah Kejayaan

Q3 2025 – E-SPORT NUR AFIQ AMINUDDIN BIN NORAZMI

NamaNUR AFIQ AMINUDDIN BIN NORAZMI
Umur: 18 Tahun
Ahli: 2017

Latar belakang

Nur Afiq Aminuddin Bin Norazmi atau lebih mesra dengan panggilan Afiq merupakan pelajar sekolah Menengah dan mula mendaftar menjadi Ahli NADI Ayer Lanas pada tahun 2017 dengan hasrat untuk mengembangkan minat dan bakatnya dalam bidang e-sukan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Afiq ialah seorang pelajar sekolah menengah yang memiliki minat yang tinggi terhadap bidang e-sukan serta berhasrat untuk memperluas pengetahuan dan kemahirannya dalam bidang tersebut. Sebelum menyertai program ini, beliau tidak pernah mempunyai pengalaman formal dalam pertandingan e-sukan mahupun penglibatan dalam program berkaitan kesedaran industri berkenaan.

Bagi memupuk minat dan bakatnya secara lebih tersusun, Afiq telah mengambil bahagian dalam Program Khas E-Sukan anjuran NADI yang merangkumi penyertaan dalam pertandingan Mobile Legends serta pelbagai aktiviti seperti webinar, podcast, dan kelas kesedaran berkenaan dunia e-sukan.

Melalui penglibatan ini, beliau bukan sahaja mempelajari strategi permainan yang lebih berkesan dan pentingnya kerja berpasukan, tetapi turut menerima pendedahan mendalam mengenai etika pemain, pengurusan masa ketika bermain, serta potensi kerjaya dalam bidang e-sukan melalui perkongsian daripada pakar dan penceramah berpengalaman.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas menyertai program anjuran NADI, Afiq telah memperlihatkan tahap komitmen dan ciri kepimpinan yang tinggi dalam dunia e-sukan. Beliau terlibat dalam Pertandingan Mobile Legends peringkat Saringan Musim Pertama dan Kedua, dan kemudiannya diberi tanggungjawab sebagai ketua pasukan Hanokami Kagura yang bertanding dalam pertandingan Mobile Legend peringkat saringan Musim Ketiga di NADI Ayer Lanas dan Berjaya mewakili NADI ke peringkat seterusnya.

Penyertaannya dalam sesi webinar kesedaran e-sukan dan podcast secara dalam talian turut memberi banyak manfaat, termasuk peningkatan kemahiran komunikasi, pengurusan masa, serta kemampuan berfikir secara kritikal ketika berdepan cabaran dan tekanan pertandingan. Selain itu, beliau semakin memahami kepentingan etika dalam permainan digital, keselamatan siber, serta peluang kerjaya dalam industri e-sukan.

Program ini bukan sahaja mencungkil bakat dan minat Afiq dalam bidang e-sukan ini, malah turut membentuk dirinya menjadi seorang yang lebih berdisiplin, bertanggungjawab, proaktif, dan bijak membuat keputusan dalam memimpin pasukan.