Q2 2026 CELIK IT-MUHAMMAD ADIF AMZAR BIN ROZALI
CELIK IT-MUHAMMAD ADIF AMZAR BIN ROZALI
Nama : Muhammad Adif Amzar Bin Rozali
Umur : 14 Tahun
Tahun Menjadi ahli : 2017
Adif Amzar merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Lanas yang berusia 14 tahun. Beliau telah menyertai program NADI Nurture DILEA. Beliau merupakan pelajar yang berdisiplin dan mempunyai semangat tinggi untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran. Minatnya terhadap pembelajaran sentiasa mendorong beliau untuk mencari peluang baharu dalam meningkatkan pengetahuan. Sokongan keluarga turut menjadi pendorong utama agar beliau terus berusaha keras mencapai cita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Latar Belakang:
Sebelum Penglibatan NADI:
Sebelum menyertai program NADI Nurture DILEA, Adif menghadapi beberapa cabaran dalam pelajaran. Beliau kurang pendedahan terhadap kaedah pembelajaran moden dan sukar memahami beberapa subjek tanpa bimbingan yang menyeluruh. Tahap penguasaan bahasa Inggeris juga masih lemah dan menyebabkan keyakinannya berkurang, terutamanya ketika berkomunikasi. Peserta hanya bergantung pada pembelajaran di sekolah tanpa sokongan tambahan, dan hal ini menyebabkan prestasi akademiknya tidak menentu.
Selepas Penglibatan NADI:
Namun, selepas mengikuti program NADI Nurture DILEA, banyak perubahan positif yang dapat dilihat. Melalui Open Tuition, beliau berpeluang berinteraksi secara terbuka dengan guru dan rakan-rakan bagi memperkukuh pemahaman. Program Video On Demand (VOD) pula membolehkan peserta mengulang kaji pelajaran pada bila-bila masa dengan cara yang fleksibel. Selain itu, kelas English Proficiency membantu meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris serta keyakinan diri dalam berkomunikasi. Kini, peserta lebih berdikari, bersemangat dan menunjukkan peningkatan yang ketara dalam akademik.


