| Nama | Muhammad Afeeq Darwish Bin Mohd Rofizan |
| Umur | 11 Tahun |
| Ahli | 28 Februari 2024 |
Latar Belakang
Afeeq Darwish, 11 tahun, merupakan seorang pelajar sekolah rendah yang berminat untuk belajar teknologi maklumat (IT). Walaupun masih baru dalam bidang ini, Afeeq bersemangat untuk memahami asas komputer dan penggunaan internet secara selamat. Melalui program seperti Tiny Techies, dia mula belajar asas pengaturcaraan, logik digital dan cara teknologi digunakan dalam kehidupan seharian.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan NADI
Sebelum terlibat dalam program Celik IT dan Tiny Techies di NADI, Afeeq kurang mahir menggunakan komputer dan hanya tahu asas seperti menaip dan melayari internet. Dia juga kurang yakin apabila diminta membuat tugasan digital atau pembentangan menggunakan perisian. Prestasi dalam subjek berkaitan teknologi agak sederhana kerana kurang pendedahan dan latihan.
Selebas Penggunaan ICT / Penglibatan NADI
Selepas terlibat dalam program Celik IT dan Tiny Techies di NADI, Afeeq semakin mahir menggunakan komputer, lebih yakin membuat tugasan digital, dan mula faham asas pengaturcaraan yang diadakan di NADI anatarnya Afeeq juga menyertai kelas mentor bersama tenaga pengajar untuk program Tiny Techies. Dia juga aktif menggunakan aplikasi pembelajaran dan menunjukkan peningkatan dalam subjek berkaitan teknologi.


