mcmc
Laporan Aktiviti

MEI 2025 – WEBINAR CYBERSECURITY – MANIPULASI SIBER : BAGAIMANA PENJENAYAH MENGEKSPLOITASI ANDA?

Tujuan Webinar:

Webinar “Cybersecurity – Manipulasi Siber: Bagaimana Penjenayah Mengeksploitasi Anda?” bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada remaja dan komuniti tentang bahaya manipulasi dalam dunia siber yang semakin membimbangkan.

Remaja merupakan golongan yang paling aktif dalam penggunaan media sosial dan aplikasi dalam talian, namun sering menjadi sasaran kerana kurangnya pengetahuan tentang taktik manipulasi penjenayah siber seperti penipuan identiti, pemerasan digital, penipuan cinta, pancingan data (phishing) dan pengaruh emosi secara halus.

Komuniti pula, khususnya ibu bapa, pendidik dan penjaga, perlu turut memahami bentuk-bentuk ancaman ini agar dapat:

  • Membimbing dan melindungi remaja daripada menjadi mangsa.
  • Mewujudkan persekitaran digital yang selamat dan beretika.
  • Meningkatkan tahap celik digital dalam kalangan masyarakat.

Melalui webinar ini, remaja dan komuniti akan:

  • Menyedari cara penjenayah siber mengeksploitasi kelemahan manusia melalui manipulasi psikologi.
  • Mempelajari tindakan pencegahan dan perlindungan.
  • Mengukuhkan keselamatan dan kepercayaan dalam penggunaan teknologi.

Webinar ini juga bertujuan membentuk komuniti digital yang lebih bijak, waspada, dan bertanggungjawab, selari dengan cabaran keselamatan siber masa kini.