Q4-2025-KEUSAHAWANAN

Kisah Kejayaan | November 22, 2025

MOHD FIKRI BIN LOKMAN

NamaMohd Fikri Bin Lokman
Umur28 Tahun
Ahli2016

Latar Belakang

Fikri merupakan seorang usahawan yang menjual pelbagai barang keperluan. Beliau memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan menjual secara dalam talian dan di gerai fizikal. Berbekalkan minat dan kesungguhan dalam bidang jualan, beliau berjaya mendapat pesanan dari pelanggan singapura.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan NADI

Sebelum menyertai kelas usahawan di NADI, Fikri menghadapi cabaran dalam mengurus perniagaan secara teratur. Pengetahuan beliau tentang strategi pemasaran, pengurusan kewangan, dan penjenamaan masih terhad. Selain itu, beliau juga kurang pendedahan kepada teknik promosi yang berkesan di platform digital.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan NADI

Selepas menyertai kelas usahawan di NADI, Fikri  mula menunjukkan perkembangan positif dalam pengurusan dan pemasaran perniagaannya. Beliau memperoleh pengetahuan baharu dalam strategi digital, pengurusan jenama, dan teknik jualan berkesan.Beliau turut mengunakan perkhidmatan SPX Express di NADI Ayer Lanas untuk proses pengepos produk beliau.